![]() |
| Hanya gambar contoh semata-mata |
Bila saat ku buka laman fb dlm group Kristian... Q terfikir juga bhwa ada orang kristian yang masih terkonfius samaada mereka patut ada tattoo atau tak d tubuh badan mereka. maafkan sya saudara saudari di dalam Tuhan.. tapi, isu ini harus kita kongsikan bersama-sama. saya bukan seorang pastor... Sya bukan juga Paderi, atau ada jwatan yg tinggi di dlam Gereja. tp, sya adalah salah seorang hamba Tuhan yg mempunyai keinginan untuk melayani tetapi mempunyai keterbatasannya.
Saudara saudari,
Kalo anda sedar, banyak betul kawan-kawan kita yang di luar menghadapi masalah ini.sampai ada yg menyebut bgini... " eleh... dia tu hamba Tuhan.. melayani.. mmimpin lagu d greja... dia pun ada Tattoo kt slruh bdn.... ular.. naga.. semua ada... ...... " atau..."Siapa dia tu??? hamba Tuhan kah?? kenapa ada tattoo begitu? memalukan... menjelekkan... menjengkelkan la.... eeeuuww!!... " atau.. " ala.. Hamba Tuhan itu pun ada tattoo walaupun dia melayani Tuhan.. so,, knpa sya juga x blh... ? xda dilarang pon.... "
itu hanya lah set induksi kita. tp... semua dialog itu mempunyai keterangan dan pndagn yg pnah sya dengar atau pernah sya bca.Saudara saudari sekalian.. sekiranya kita dalam dilema.. ada 4 suara yang sangat jelas selalu kedengaran dan terngiang-ngiang di minda kita... iaitu...
1. BISIKAN TUHAN
2.BISIKAN HATI KITA SENDIRI
3.BISIKAN IBLIS
4.BISIKAN SUARA ORANG-ORANG DI SEKELILING KITA.
Janganlah hanya kerana hal itu... maka kita pun stress.. tenang.. yg penting dn utma sekali ialah.. Carilah Tuhan.. AllahMu Yesus Kristus. maka, segalanya akan terjawab. maka.. dengan ini, marila kita menyelak lembar Yeremia 33:3"Berserulah Kepada-Ku,maka Aku akn mnjwb engkau dan akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak terpahami,yakni hal-hal yg tidak kau ketahui.." Itulah firman Tuhan yg dinyatakn di dalm alkitab.
berbalik semula kepada topik di atas.. mari kita merungkai satu persatu apa yg ada di minda kalian semua . sebenarnya.. jika anda pernah teserempak dengan orang yang betul-betul Melayani di gereja.. penginjil.. Janganlah membuat tuduhan melulu. tidak baik.. Sebaiknya... kita harus selidik dahulu apa yg patut. Jika kehidupan orang yang mempunyai tattoo tersebut ternyata betul-betul mengikut hidup dan tauladan Yesus.. maka, orang itu sudah benar-benar bertaubat dan ingin bersama-sama menyelamatkn jiwa-jiwa di luar sana. hal ini kerana.. tattoo asli yang dilukis atau ditattookan d atas badan kita itu tidak dapat dibuang atau dikikis.. kalau dikikis, maka seluruh badan akan luka. Pernahkah anda merenung semua ini? kalau ada.. Puji Tuhan... pjg akalMu.. kalo tidak... tidak mengapa... hari ni persoalanMu sudah terjawab sedikit demi sedikit....
Bagi hamba Tuhan yang belum memiliki tattoo di badan... janganlah anda terhegeh-hegeh nak buat tattoo.. bagi kaum iban...(kaum yang terdapat di Sarawak Malaysia) Tattoo merupakan lambang kemegahan nenek moyang mereka. sebab, pada zaman dahulu,sesiapa yang mempunyai tattoo di badannya dipercayai "bujang berani" (orang yang paling gagah perkasa).dan sebelum mereka membuat tattoo tersebut, mereka akan membuat sedikit pemujaan untuk iblis supaya iblis itu menolong mereka dalam peperangan.dan sebelum tattoo itu dilukis di badan mereka, pelukis tattoo akan membaca sedikit jampi utk mereka. oleh sebab itu lah tattoo itu ada berbentuk naga.. ular.. perempuan telanjang.. bunga daun terup atau terung... dan sebagainya. tapi...saudara saudari, itu kan ZAMAN DAHULU. Zaman itu, mereka masih belum mengenal siapa Mesias.. siapa Tuhan yang benar kan? celikkanlah matamu... bukalah mindamu... dan lapangkan hatimu supaya Tuhan Yesus mampu berbicara penuh. tambahan Pula, dulu hanya lelaki yang berbuat tattoo.. kini, ada juga perempuan yang melebihi lelaki membuat tattoo di badan mereka. ada yang merasa bangga diri kerna dia memikirkan dia "gagah" dari lelaki... isk3x.....
Sebenarnya, sudah jelas termaktub di ALKITAB menyatakan di dalam IMAMAT 19:28 .. " Janganlah Menggoresi tubuhmu karena Orang mati dan janganlah Merajah tanda-tanda pada Kulitmu; Akulah Tuhan.. " kalian boleh baca perkataan ini berulang kali.. dan juga.. jika tidak berpuas hati.. sila ambil alkitab anda dan selaklah ke halaman ayat tersebut. saya tidak menipu saudara saudari... Dan Alkitab juga x mnipu saudara saudari.. kerna setiap sumber di dalam alkitab itu adalah ayat-ayat yg dtg dari mulut Tuhan sendiri....sebelum kamu dan saya dicipta.. Tuhan sudah mengetahui apa yang terjadi. maka, oleh sebab itulah dia membuat membuat semua ini berlaku... cuma.. kita tidak tahu apa yang bakal terjadi. oleh itu.. serahkan lah hatimu sepenuhnya kepada Yesus... God will leads you....
Bagi saudara saudari yang sudah mempunyai tattoo tetapi kristian.. Janganlah anda gusar gulana... Tuhan tidak akan menolakMu ke tepi .... asalkan hatiMu bersedia untuk bertaubat.... Tuhan akan tetap mengampuniMu... sebab waktu engkau melakarkan rajah itu di anggota badanmu, engkau masih belum sedar dan belu mengetahui kebenaran. tetapi, bagi mereka yang belum ada tattoo tapi mempunyai keinginan kuat untuk memiliki tattoo di sluruh badan.. tanggunglah akibatnya sendiri. kerana sudah jelas firman TUhan dinyatakan.. jika engkau memilih jalan yang betul hari ni dan meningalkan dosamu dan berbalik kepada Tuhan,percayalah... Tuhan tidak akan mengecewakanmu. walaupun kamu akn kehilangan segalanya... tapi, engkau akan beroleh hidup yg kekal dan ttp dicop sebagai anakNya yang setia..
Terima kasih kerana sudi singgah sekejap di blog sya.. Tuhan memberkati kalian semua. sya hnya bongkar apa yg saya tahu.. dan biar semua orang tahu bahawa Tuhan Yesus menyayangi kita dan ingin kita kembali kepadaNya! ayuh! beritakan injilnya... dan selamatkan umat-umat yang masih belum mengetahui apa-apa kerana KERAJAAN SORGA sudah hampir!!!!!
| PRAY FOR THE NATION... |

No comments:
Post a Comment